Inzal Tiga Peringkat

* petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 153


Bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga, perlulah difahami bahawa bagi gadis yang normal nafsu syahwatnya mempunyai kepekaan syahwat yang tinggi terhadap rangsangan yang dilakukan ke atasnya oleh suami di malam pertama. Petua yang perlu dilakukan agar malam pertama atau malam-malam berbulan madu dapat dinikmati secara optima ialah merangsang isteri menggunakan kaedah Inzal Tiga Peringkat.

1. Peringkat pertama istimta’ yang memuaskan isteri perlu dimulakan dari peringkat Nafsu Badan. Ini meliputi pujuk-rayu, bisikan cinta, sentuhan, usapan dan belaian, tiupan, kucupan, ciuman, cumbuan, cakaran, jilatan dan lainnya ke seluruh tubuh isteri melainkan bahagian luar dan dalam faraj. Di bahagian Nafsu Badan ini ada satu
tempat yang biasanya mampu menerbitkan inzal isteri walaupun sebelum jimak bermula iaitu rangsangan ke payudaranya. Lakukan dengan perlahan-lahan dan lembut hingga isteri inzal.

2. Peringkat kedua istimta’ ialah mengalihkan rangsangan ke bahagian luar faraj isteri. Rangsangan dilakukan ke Bibir Luar Faraj (Labia Majora) kemudian Bibir Dalam (Labia Minora) atau Purana. Elakkan dari menyentuh Biji Purana. Boleh diteruskan di permukaan Lubang Faraj. Ransangan boleh dilakukan menggunakan hasyafah zakar, jari-jemari ataupun lidah. Lakukan perlahan-lahan hingga isteri inzal di peringkat ini.

3. Peringkat jima’iaitu memasukkan zakar ke dalam faraj dan berdayung sambil merangsang Nafsu Badan dan Nafsu Luar. Lakukan hingga isteri inzal berkali-kali.

Jika isteri tidak inzal di Nafsu Badan tidak mengapa. Beralih untuk rangsang Nafsu Luar. Jika dia tidak inzal juga, beralih ke Nafsu Dalam.

Nafsu Dalam boleh dirangsang dengan jari-jemari sebelum jimak dan dayungan bermula. Jika masih tidak inzal, rangsang 3 Lubuk Nafsu ini secara sekaligus. InsyaAllah, isteri akan inzal sebelum jimak bermula.

Senaman Harimau

*petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 106


LEJANG GAJAH

Gerakan ini berguna sebagai senaman memulihkan tenaga batin. Tenaga akan tertutnpu kepada urat bahu, leher serta urat peha dan betis ketika gerakan ini dilakukan. Lutut bagi kaki yang diluruskan serta kedua tangan tidak wajar dibengkokkan ketika henjutan.

Cara gerakan:



  • Duduk dengan meluruskan kaki kanan dan melipatkan kaki kiri.


  • Belakang ditegakkan.


  • Tarik nafas dengan perlahan dan dalam.


  • Letakkan tangan kanan ke lutut kiri.


  • Cuba capai ibu jari telunjuk tangan kiri.


  • Henjutkan badan dengan perlahan serta lembut bagi mencapai ibu kaki. Ulangi 7 kali.


  • Lepaskan nafas.
  • Senaman Harimau

    *petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 103


    TENDANGAN SAKTI

    Gejala terpancutnya mani sebelum masanya antaranya disebabkan rasa ngilu (sensitif) yang biasa pada zakar. Doktor di Barat mengesani bahawa rasa sensitif yang menyebabkan pancutan mani sebelum masa berada di kawasan kepala zakar dan juga di batang zakar. Menurut Timur sebab pancutan sebelum masa ini adalah kerana badan mengandungi banyak air menyebabkan zakar menjadi sejuk, darah tidak mengalir dengan baik. Sebab yang lain ialah memakan makanan panas dan ia termasuk makanan jenis gatal, seperti udang kecil, yang boleh mengakibatkan zakar terasa ngilu walaupun tegang dengan baik.
    Gerakan ini dilakukan ketika zakar masih tegang di waktu pagi. Pada waktu ini, rasa ngilu adalah paling tinggi. Gerakan ini akan mengasah kepala zakar, membiasakannya kepada geselan. Kepala zakar amat sensitif pada geselan. Dengan melatihnya rasa sensitif sewaktu jimak akan dapat
    dikurangkan.

    Cara Gerakan: Tarik nafas hingga penuh paru-paru. Pegang batang zakar dengan agak kuat supaya darah tertumpu ke kepala zakar dan ini menyebabkan kepala zakar mengembang. Dengan menggunakan perut tapak kaki, gosok atau asah kepala zakar ke arah hujungnya. Semasa melakukan ini tahan nafas kemudian hembuskan. Ulangi 3 kali. Gerakan ini membantu untuk menguatkan otot bahu yang perlu bertenaga dalam jimak.

    Zakar Jenis Berbeza

    *petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 69

    Ramai lelaki tidak tahu betapa besar atau kecilnya saiz zakarnya. Malah secara umumnya lelaki yang punya saiz zakar normal (bersaiz purata) fikir bahawa zakarnya kurang berbanding purata. Setiap lelaki adalah unik dengan caranya tersendiri termasuklah dari segi saiz zakar. Ada lelaki punya zakar yang panjang kurus, sementara ada pula yang besar tapi pendek, dan yang dianggap beruntung oleh sebahagian wanita ialah lelaki yang punya senjata yang panjang dan besar. Tapi bagaimanakah anda tahu di manakah anda berada? Bagaimanakah untuk anda bandingkan dengan lelaki purata?
    Cara mengukur zakar ialah dengan menggunakan pita pengukur. Ukurlah panjangnya, besarnya serta kecondongannya bila ia mengeras. Bila anda sudah mengukurnya bolehlah anda bandingkan dengan saiz purata zakar menurut kajian terkini di Barat. Purata panjang zakar yang dicapai semasa ghairah dan mengeras diukur dari pangkal batang zakar hingga ke hujungnya ialah 5.8 inci. Dengan membelitkan pita pengukur di sekeliling pangkal zakar yang sedang mengeras akan diketahui pula berapa besarkah zakar anda. Purata ialah 5 inci keliling atau 1.6 inci diameter.
    Untuk mengetahui darjah kecondongan zakar, berdiri dengan belakang anda bersandar di dinding. Zakar yang bila mengeras kecondongannya 180 darjah akan menjurus tepat ke dagu anda. Jika kecondongannya 90 darjah, ia akan menjurus tepat ke depan anda. Jika 0 darjah ia akan menjurus tepat ke kaki anda. Secara purata, kecondongan zakar bila mengeras ialah 106.8 darjah. Jika ada keperluan, anda juga boleh mengukur zakar anda ketika ia lembik. Caranya ialah mengukurnya sejurus saja anda membuka pakaian kerana ini dapat mengelakkan udara panas atau sejuk menyebabkan zakar jadi kecut atau kembang. Secara purata, panjang zakar bila lembik ialah 3.43 inci. Adakah saiz zakar itu penting? Ini mungkin salah satu soalan yang paling kerap ditanya di seluruh dunia. Ia sebenarnya adalah soalan yang tidak ada gunanya. Menurut Institut Kinsey, zakar terpanjang dalam rekod ketika ia mengeras ialah 13 inci sementara yang paling pendek ialah 1.75 inci. Saiz zakar itu penting hanya dan apabila anda fikir ia penting. Jika isteri anda mahukan zakar yang besar, maka saiz zakar penting buat dirinya dan hanya dirinya. Jika anda fikir zakar anda sepatutnya lebih besar, maka saiz zakar penting pada anda dan hanya anda. Tapi saiz zakar tidak penting hingga ke satu tahap, untuk memberikan rasa fizikal kepada isteri anda. Ramai wanita melaporkan bahawa ramai lelaki punya saiz zakar yang panjang. Lubang faraj hanya sekadar 5 inci panjangnya, hatta zakar yang kecil mampu menyentuh setiap sudut dalam lubang faraj. Rahsia menikmatkan dan menggembirakan isteri dalam jimak tidak ada kaitan dengan saiz zakar. Yang penting ialah tumpukan pada gerakan dan tempo dayungan. Ramai wanita akan setuju bahawa saiz zakar saja tidak cukup untuk memuaskan mereka. Oleh itu buangkanlah kebimbangan anda tentang saiz zakar anda dan tumpukan kepada teknik atau seni jimak.

    Zakar Seorang Lelaki

    *petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 68

    Alat kelamin lelaki dipanggil Zakar dan ia mempunyai beberapa komponen utama iaitu kepala zakar, batang zakar dan buah zakar. Batang zakar adalah semata-mata urat yang sarat dengan darah di dalam pembuluhnya apabila ia menegang. Kepala zakar ialah alat utama yang mempunyai sensasi paling kuat berbanding bahagian yang lain. Ia adalah bahagian yang amat peka kepada sentuhan. Faedah orang yang berkhatan ialah bahawa kepala zakarnya kurang sensitif pada sentuhan dan kepala zakar itu menjadi kulit yang lebih kasar dan lebih memberi nikmat kepada perempuan.
    Adalah penting untuk mengetahui bahagian kepala zakar anda. Yang baiknya ialah jika anda mempunyai kepala zakar yang besar. Di takuk zakar itu ada daging-daging yang kesat jika disentuh. Bahagian ini amat memberi nikmat kepada isteri apabila anda menarik zakar anda di dalam lubang farajnya bila berjimak. Anda juga mempunyai Gigi Zakar iaitu daging yang juga kesat berada di bahagian hujung batang zakar di bawah takuk zakar. Daging-daging kecil ini juga memberi nikmat yang besar apabila bergesel dengan dinding rahim isteri anda. Maka apabila berjimak, pastikan anda gunakan bahagian ini dengan sebaik-baiknya.



    Satu lagi komponen pada zakar anda yang tidak banyak diketahui umum ialah Biji Zakar. Ia tidak boleh dilihat dengan mata kasar tetapi anda boleh merasainya setelah selalu membuat senaman tenaga batin. Ia dapat dirasai menonjol di hujung zakar anda di sebelah atas lubang kencing itu. Biji zakar ini ialah alat yang bersentuh dengan batu meriyan isteri anda iaitu bahagian pangkal rahim apabila anda memasukkan seluruh batang zakar itu ke dalam faraj. Setiap kali Biji Zakar itu terhantuk kepada sesuatu (tidak semestinya batu meriyan) ia berfungsi dua perkara; pertama, ia lebih menegangkan zakar dan kedual ia menolong melambatkan keluar mani. Maka gunakanlah dengan cara yang sebaiknya bila berjimak.

    Rahsia Bahagian Yang Kiri

    8 petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 67

    Kejadian alam ada pasangannya. Jika ada kekuatan maka ada pula kelemahannya. Lelaki dikaitkan dengan kekuatan maka lelaki adalah yang kanan. Menurut agama Islam, Kristian dan Yahudi, Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam (floating rib) yang bengkok. Kejadian bahagian kiri dan kanan adalah fenomena alam dan mempunyai rahsia yang tersendiri. Nafas kanan dikaitkan dengan kekuatan sedangkan nafas kiri dengan kelemahan. Menurut pengetahuan bangsa Cina lelaki itu ‘Yang’ perempuan ‘Yin’. Kanan dikaitkan dengan kekuatan dan kiri dengan kelemahan. Kanan adalah akal dan kiri adalah nafsu. Seorang wanita adalah kejadian yang kiri. Bahagian kanan dikaitkan dengan kekuatannya dan kiri adalah kelemahannya. Bila merujuk dari segi kebiasaan pekerjaan, sentuhan, rasaan serta pengalaman, bahagian kanan telah masak manakala bahagian kiri masih muda. Kanan adalah bahagian yang berjaga sementara kiri tidur.

    Masyarakat Melayu dahulu menyatakan bahawa bahagian yang kiri adalah bahagian kelemahan wanita dan mudah dirangsang. Bahagian kiri adalah bahagian yang paling mudah untuk ‘memayahkan’ wanita yang bisa menerbitkan rasa resah-gelisah serta ghairah nafsu jika disentuh oleh kejadian yang kanan iaitu lelaki. Undang-undang perpasangan bagi alam mempunyai ketentuan umum. Sebagaimana besi berani (magnet), kutub yang berlawanan akan menghampiri sedangkan kutub yang sama akan menjauhi. Rangsangan ke bahagian kiri isteri adalah mudah kerana suami biasanya akan mendatangi dari bahagian yang hadapan dan tangan kanan suami paling mudah merangsang bahagian tubuh isteri sebelah kiri.

    Islam menyarankan agar memulakan dengan bahagian yang kanan. Ini tidak bercanggah dengan rahsia bahagian kiri kerana dalam Istimta' cara Islam akan disusuli pula ke bahagian yang kiri sebagai puncak rangsangan dan lubuk kelemahan. Nafsu isteri itu beredar mengikut waktu. Sukar untuk dipastikan dimana kelemahan berada pada suatu masa. Antara kaedah yang baik ialah menyasarkan rangsangan ke bahagian yang kiri. Cari bahagian mana pada tubuh yang paling lemah dan terasa geli dan rangsang tempat itu sebelum jimak. Tempat yang mungkin tersembunyi nafsu ghairah ialah sama ada:

    1. Tepi leher sebelah kiri dan kawasan bawah telinga.
    2. Kawasan cuping telinga kiri dan seluruh telinga kiri.
    3. Tengkuk iaitu sebelah kiri di bawah rambut.
    4. Peha iaitu sebelah dalam peha yang kiri.
    5. Payudara serta putingnya yang sebelah kiri.
    6. Rusuk serta bawah rusuk yang kiri.
    7. Pinggul sebelah kiri terutamanya kawasan tulang pinggul.
    8. Lubang telinga sebelah kiri, tiup dengan perlahan-lahan.

    Jika dilakukan dengan lemah lembut dan berhati-hati maka akan mudahlah meningkatnya ghairah isteri.

    Logika Makam Yang Lima

    * petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 66

    Ilmu mengenai Nafsu Dalam wanita dari segi tradisional mempunyai logika apabila kita merujuk dalam ilmu Gynaecology. Kita akan mulai dengan meneliti bentuk kejadian lubang faraj. Menurut sains moden, lubang faraj ketika dalam keadaan biasa dan tenang akan berbentuk leper. Dinding atas akan bertemu dengan dinding bawah, dinding kiri akan menghampiri dinding yang kanan. Maka keadaannya adalah berlipat kemas. Ia boleh berbentuk begitu kerana otot-otot pada setiap dari empat bahagian tersebut berada dalam keadaan tenang dan mengendur. Kita bisa melihat bentuk yang dimaksudkan itu dengan merujuk kepada keratan lintang Lubang Faraj sebagaimana gambar sebelah kiri di bawah ini:




    Apabila bentuknya yang asal adalah sedemikian maka jelas bahawa deria rasa pada setiap bahagian adalah berbeza. Ini dikuatkan dari fakta bahawa di luar dinding lubang faraj ini terdapat urat-urat yang berfungsi sebagai perasa dan pengalir darah yang banyak dan halus-halus. Jika rangsangan tertumpu kepada satu bahagian maka rasanya akan berlainan kerana urat perasa yang mendapat signalnya adalah berbeza kedudukannya. Empat otot yang berbeza mengawal dinding ini membuatkan ia boleh menjauhi (mengembang) apabila dalam keadaan ghairah. Di dalam gambar sebelah kanan lubang faraj adalah di dalam keadaan ghairah, bila mana kesemua dinding-dinding yang tadinya rapat bertemu sekarang berjauhan sebagai persediaan menerima kemasukan zakar. Urat-urat perasa empat bahagian ini akan tetap merasai rangsangan secara berbeza. Jika zakar itu ditusukkan ke bahagian kiri maka urat-urat perasa bahagian itulah yang akan mendapat lebih signal kerana rangsangan yang optima. Ia membawa signal ke otak dengan keadaan kejadiannya lantas otak mentakrifkan rangsangan itu sebagai rasa tersendiri yang nikmat. Jika rangsangan berlaku seimbang maka semua urat perasa merasainya serentak dan rasa kenikmatan juga berbeza. Itu adalah makam yang tengah dan melengkapkan konsep Makam Yang Lima. Maka logika Makam Yang Lima terletak pada deria sentuhan yang ada pada empat bahagian berbeza dinding faraj. Apabila rangsangan berlaku pada satu bahagian di satu masa dan perbezaan rasa yang berlaku jika kesemua deria ini merasai rangsangan sekaligus tetapi pada kali ini rangsangan adalah teragih dan bukan optima seperti mana rangsangan tumpuan ke satu-satu bahagian dinding.

    Makam Yang Lima

    * petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 65


    MAKAM TENGAH ATAU PINTU TENGAH
    Dipanggil juga Pintu Laut. Caranya ialah dengan menjulangkan isteri agar dia seolah-olah duduk dan datangi dia dari depan. Posisi ini agak meletihkan suami kerana tenaga diperlukan bagi mengangkat isteri. Biasanya posisi ini dijayakan sebagai posisi paling akhir dari kesemua makam.
    Adalah perlu dijelaskan bahawa Makam Yang Lima ini adalah bahagian dari Nafsu Dalam isteri anda. Bagi menjayakan ilmu ini, anda perlu mengetahui Ilmu Insan dengan sempurna. Yang dikatakan Ilmu Insan itu adalah mengetahui hakikat bahawa nafsu perempuan itu beredar dari satu tempat ke satu tempat bergantung pada hari serta masa. Sila rujuk kepada tajuk Nafsu Jimak Seorang Perempuan, di sana dinyatakan secara terperinci tentang Ilmu Insan dan bagaimanakah caranya untuk anda menjayakan Ilmu Makam Yang Lima ini. Perlu dicatat bahawa biasanya dayungan jimak dilakukan bermula dengan mencari Makam Lazat, tusukan ke Kiri atau kanan atau atas atau bawah atau tengah lubang Faraj dijelaskan dalam Ilmu Insan. Dayungan adalah dilakukan pada Makam Lazat itu dahulu hinggalah inzal isteri anda pada Makam Lazatnya itu. Kemudian baru anda cari Makam Lazat berikutnya dan teruskan lagi hingga dia inzal. Proses ini berlaku terus menerus hingga semua Makam Lazat telah dipuaskan. Tidak penting berapa kalikah isteri anda inzal selepas itu. Apa yang penting di dalam praktik Ilmu Insan dan Makam Yang Lima ini ialah agar anda dapat inzal bersaing dengan inzal terakhir isteri anda. Inzal yang itulah peringkat kemuncak segala inzal bagi isteri kerana pada ketika itulah dia menerima pancutan mani yang kuat serta panas sambil menyedutnya dengan otot-otot farajnya. Fahamilah betul-betul konsep ini agar anda dapat mencapai kebahagiaan hasil praktik ilmu ini.

    Makam Yang Lima


    * petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 64

    MAKAM BAWAH ATAU PINTU BAWAH
    la juga dipanggil Makam Ali di bawah Aisyah. Untuk sampai ke makam ini ialah dengan melipatkan kedua-dua kaki isteri seolah-olah bersila kedua kakinya itu. Zakar anda harus ditekankan kepada purana untuk mencapai
    kesan maksima.








    MAKAM ATAS ATAU PINTU ATAS
    Juga dipanggil Makam Abu Bakar di atas Maimunah. Caranya ialah dengan mendirikan kedua kaki isteri dan kepala zakar anda menusuk langit rahim atau bahagian atas rahim.

    Makam Kanan & Makam Kiri


    MAKAM KANAN ATAU PINTU KANAN
    Dipanggil juga Makam Omar di kanan Khadijah. Suami datang dari sebelah kiri, ertinya dia menusuk zakar dari sebelah kiri isteri. Cara bagi sampai ke makam ini ialah dengan cara melipatkan kaki kanan isteri dan melunjurkan kaki kirinya seperti gambar ini.





    * petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 63



    MAKAM KIRI ATAU PINTU KIRI
    la juga dipanggil Makam Usman di kiri Salamah. Pada dasarnya makam ini adalah posisi yang berlawanan konsep dari makam kanan dan biasanya ia dipraktikkan sebelum atau selepas makam kanan

    Makam Yang Lima

    * petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 62

    Ilmu mengenai Makam Yang Lima berguna bagi mengetahui kaedah yang bersistem dan berkesan untuk memuaskan isteri tatkala berjimak. Antara kitab awal yang membincangkan perkara ini ialah Kitab ‘Ubab yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu disekitar tahun Hijrah 1346. Di bawah ini dipaparkan sedutan dari kitab tersebut, pada membicarakan tentang cara memposisikan isteri bagi mencapai makam. Nama- nama makam itu dipercayai tiada kaitan dengan sesiapa manusia pun, ia hanya nama khas makam yang berkaitan. Diyakini bahawa pengetahuan mengenai Makam Yang Lima di kalangan orang-orang Melayu lama adalah berasal dari kitab yang diterjemah dari Kitab asal karangan Al-Fadhil Ahmad Bin Sulaiman Kamal Basya. Kitab terjemahan itu dinamakan Hukum Jimak. Dipercayai bahawa kitab itu adalah kitab ilmu jimak yang paling terkenal dan mempunyai jumlah pembaca yang ramai sejak beberapa dekad yang silam. Adalah besar kemungkinannya majoriti masyarakat Melayu lama membaca dan mengamalkan pengetahuan ini berdasarkan fahaman masing-masing. Interpretasi yang berbeza-beza mengakibatkan timbul variasi-variasi mengenai praktiknya. Dalam mengajarkan ilmu perkahwinan kepada anakanak muda, Makam Yang Lima ada disentuh dan ia adalah lebih merupakan strategi mempercepatkan isteri inzal.



    Rahsia Makam Yang Lima

    *petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 61

    Seksologi moden mengandaikan bahawa nafsu adalah satu tenaga yang statik dan rangsangan akan dapat membangkitkannya. Di Timur nafsu dikenali sebagai satu tenaga yang beredar atau mengalir atau berubah tempat. Di sini terdapat perbezaan besar antara Barat dan Timur. Logika peredaran dapat dipastikan dengan melihat semua kejadian yang lain. Bintang, bulan, matahari dan bintang semuanya beredar di atas burujnya. Wanita juga mempunyai masa kesuburan dan pusingan haidnya. Islam juga menyatakan bahawa nafsu wanita itu beredar menurut hari. Dalam istilah moden kepekaan seks berubah tempat pada tubuh badan wanita dengan beredarnya waktu. Pada satu waktu nafsu itu berada di satu tempat. Pada masa yang lain ia berada pula di tempat yang lain. Lubang faraj adalah tempat rangsangan yang utama semasa jimak untuk menimbulkan kepuasan dan inzal. Di situlah letaknya Makam Yang Lima. Kedudukan lubang faraj akan berubah dengan teknik tusukan yang diserong atau diluruskan. Rasa kenikmatan akan berbeza. Namun fokus adalah terhadap memuaskan setiap rasa yang berbeza itu. Contohnya bila kita makan maka kita mahu puas makan nasi, puas makan lauknya dan puas meminum air. Makam Yang Lima adalah satu seni. Di Barat segala variasi posisi jimak itu mempunyai fungsi juga dalam memuaskan Makam Yang Lima tetapi ia dilakukan tanpa disedari dan tanpa sistem tertentu. Rangsangan yang dilakukan ke satu tempat tetapi tidak dihabiskan sehingga isteri inzal tidak akan mendatangkan kebaikan malahan menyakitkan perasaannya. Ia ibarat memberi seorang yang sedang dahaga hanya setitik air minuman. Dia akan bertambah dahaga dan tiada puas.


    Seni tentang Makam Yang Lima itu penting. Ini supaya isteri dapat merasai inzal dalam hidup jimaknya. Di Barat terdapat ramai isteri yang tidak pernah merasa inzal. Ini adalah hasil kajian seksologi di sana. Di Timur kita mengenal inzal isteri berlaku banyak kali dan boleh berlaku dalam jarak yang amat singkat. Ada sesuatu yang tidak kena di Barat yang perlu dihalusi dan dicari jawapannya melalui pengetahuan Timur. Masalah isteri tidak puas sepatutnya diselesaikan dengan cara yang bersungguh-sungguh kerana ia dapat membawa kesan yang buruk pada masyarakat keseluruhannya. Orang-orang tua Melayu mampu memberi inzal kepada isterinya berkali-kali dalam satu jimak sebelum dia sendiri inzal. Masa jimak itu bukanlah berjamjam tetapi adalah masa yang normal iaitu dari 5 hingga ke 45 minit. Inzal isteri boleh berlaku berulang dalam jarak cuma satu minit. Sekurangkurangnya matlamat satu jimak ialah lima kali inzal isteri. Itulah pengajaran orang tua-tua. Apabila makam yang tepat telah dikenal pasti di situlah lubuk nafsu isteri berada. Tusukan pada dinding yang berkaitan akan cepat menjadikan isteri inzal. Dengan beberapa kali tusukan saja isteri akan berupaya untuk inzal. Kemudian barulah beralih ke makam yang lain dan menginzalkannya hingga selesai semua makam.