Rahsia Bahagian Yang Kiri

8 petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 67

Kejadian alam ada pasangannya. Jika ada kekuatan maka ada pula kelemahannya. Lelaki dikaitkan dengan kekuatan maka lelaki adalah yang kanan. Menurut agama Islam, Kristian dan Yahudi, Hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri Adam (floating rib) yang bengkok. Kejadian bahagian kiri dan kanan adalah fenomena alam dan mempunyai rahsia yang tersendiri. Nafas kanan dikaitkan dengan kekuatan sedangkan nafas kiri dengan kelemahan. Menurut pengetahuan bangsa Cina lelaki itu ‘Yang’ perempuan ‘Yin’. Kanan dikaitkan dengan kekuatan dan kiri dengan kelemahan. Kanan adalah akal dan kiri adalah nafsu. Seorang wanita adalah kejadian yang kiri. Bahagian kanan dikaitkan dengan kekuatannya dan kiri adalah kelemahannya. Bila merujuk dari segi kebiasaan pekerjaan, sentuhan, rasaan serta pengalaman, bahagian kanan telah masak manakala bahagian kiri masih muda. Kanan adalah bahagian yang berjaga sementara kiri tidur.

Masyarakat Melayu dahulu menyatakan bahawa bahagian yang kiri adalah bahagian kelemahan wanita dan mudah dirangsang. Bahagian kiri adalah bahagian yang paling mudah untuk ‘memayahkan’ wanita yang bisa menerbitkan rasa resah-gelisah serta ghairah nafsu jika disentuh oleh kejadian yang kanan iaitu lelaki. Undang-undang perpasangan bagi alam mempunyai ketentuan umum. Sebagaimana besi berani (magnet), kutub yang berlawanan akan menghampiri sedangkan kutub yang sama akan menjauhi. Rangsangan ke bahagian kiri isteri adalah mudah kerana suami biasanya akan mendatangi dari bahagian yang hadapan dan tangan kanan suami paling mudah merangsang bahagian tubuh isteri sebelah kiri.

Islam menyarankan agar memulakan dengan bahagian yang kanan. Ini tidak bercanggah dengan rahsia bahagian kiri kerana dalam Istimta' cara Islam akan disusuli pula ke bahagian yang kiri sebagai puncak rangsangan dan lubuk kelemahan. Nafsu isteri itu beredar mengikut waktu. Sukar untuk dipastikan dimana kelemahan berada pada suatu masa. Antara kaedah yang baik ialah menyasarkan rangsangan ke bahagian yang kiri. Cari bahagian mana pada tubuh yang paling lemah dan terasa geli dan rangsang tempat itu sebelum jimak. Tempat yang mungkin tersembunyi nafsu ghairah ialah sama ada:

1. Tepi leher sebelah kiri dan kawasan bawah telinga.
2. Kawasan cuping telinga kiri dan seluruh telinga kiri.
3. Tengkuk iaitu sebelah kiri di bawah rambut.
4. Peha iaitu sebelah dalam peha yang kiri.
5. Payudara serta putingnya yang sebelah kiri.
6. Rusuk serta bawah rusuk yang kiri.
7. Pinggul sebelah kiri terutamanya kawasan tulang pinggul.
8. Lubang telinga sebelah kiri, tiup dengan perlahan-lahan.

Jika dilakukan dengan lemah lembut dan berhati-hati maka akan mudahlah meningkatnya ghairah isteri.