Logika Makam Yang Lima

* petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 66

Ilmu mengenai Nafsu Dalam wanita dari segi tradisional mempunyai logika apabila kita merujuk dalam ilmu Gynaecology. Kita akan mulai dengan meneliti bentuk kejadian lubang faraj. Menurut sains moden, lubang faraj ketika dalam keadaan biasa dan tenang akan berbentuk leper. Dinding atas akan bertemu dengan dinding bawah, dinding kiri akan menghampiri dinding yang kanan. Maka keadaannya adalah berlipat kemas. Ia boleh berbentuk begitu kerana otot-otot pada setiap dari empat bahagian tersebut berada dalam keadaan tenang dan mengendur. Kita bisa melihat bentuk yang dimaksudkan itu dengan merujuk kepada keratan lintang Lubang Faraj sebagaimana gambar sebelah kiri di bawah ini:




Apabila bentuknya yang asal adalah sedemikian maka jelas bahawa deria rasa pada setiap bahagian adalah berbeza. Ini dikuatkan dari fakta bahawa di luar dinding lubang faraj ini terdapat urat-urat yang berfungsi sebagai perasa dan pengalir darah yang banyak dan halus-halus. Jika rangsangan tertumpu kepada satu bahagian maka rasanya akan berlainan kerana urat perasa yang mendapat signalnya adalah berbeza kedudukannya. Empat otot yang berbeza mengawal dinding ini membuatkan ia boleh menjauhi (mengembang) apabila dalam keadaan ghairah. Di dalam gambar sebelah kanan lubang faraj adalah di dalam keadaan ghairah, bila mana kesemua dinding-dinding yang tadinya rapat bertemu sekarang berjauhan sebagai persediaan menerima kemasukan zakar. Urat-urat perasa empat bahagian ini akan tetap merasai rangsangan secara berbeza. Jika zakar itu ditusukkan ke bahagian kiri maka urat-urat perasa bahagian itulah yang akan mendapat lebih signal kerana rangsangan yang optima. Ia membawa signal ke otak dengan keadaan kejadiannya lantas otak mentakrifkan rangsangan itu sebagai rasa tersendiri yang nikmat. Jika rangsangan berlaku seimbang maka semua urat perasa merasainya serentak dan rasa kenikmatan juga berbeza. Itu adalah makam yang tengah dan melengkapkan konsep Makam Yang Lima. Maka logika Makam Yang Lima terletak pada deria sentuhan yang ada pada empat bahagian berbeza dinding faraj. Apabila rangsangan berlaku pada satu bahagian di satu masa dan perbezaan rasa yang berlaku jika kesemua deria ini merasai rangsangan sekaligus tetapi pada kali ini rangsangan adalah teragih dan bukan optima seperti mana rangsangan tumpuan ke satu-satu bahagian dinding.