Makam Yang Lima

* petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 65


MAKAM TENGAH ATAU PINTU TENGAH
Dipanggil juga Pintu Laut. Caranya ialah dengan menjulangkan isteri agar dia seolah-olah duduk dan datangi dia dari depan. Posisi ini agak meletihkan suami kerana tenaga diperlukan bagi mengangkat isteri. Biasanya posisi ini dijayakan sebagai posisi paling akhir dari kesemua makam.
Adalah perlu dijelaskan bahawa Makam Yang Lima ini adalah bahagian dari Nafsu Dalam isteri anda. Bagi menjayakan ilmu ini, anda perlu mengetahui Ilmu Insan dengan sempurna. Yang dikatakan Ilmu Insan itu adalah mengetahui hakikat bahawa nafsu perempuan itu beredar dari satu tempat ke satu tempat bergantung pada hari serta masa. Sila rujuk kepada tajuk Nafsu Jimak Seorang Perempuan, di sana dinyatakan secara terperinci tentang Ilmu Insan dan bagaimanakah caranya untuk anda menjayakan Ilmu Makam Yang Lima ini. Perlu dicatat bahawa biasanya dayungan jimak dilakukan bermula dengan mencari Makam Lazat, tusukan ke Kiri atau kanan atau atas atau bawah atau tengah lubang Faraj dijelaskan dalam Ilmu Insan. Dayungan adalah dilakukan pada Makam Lazat itu dahulu hinggalah inzal isteri anda pada Makam Lazatnya itu. Kemudian baru anda cari Makam Lazat berikutnya dan teruskan lagi hingga dia inzal. Proses ini berlaku terus menerus hingga semua Makam Lazat telah dipuaskan. Tidak penting berapa kalikah isteri anda inzal selepas itu. Apa yang penting di dalam praktik Ilmu Insan dan Makam Yang Lima ini ialah agar anda dapat inzal bersaing dengan inzal terakhir isteri anda. Inzal yang itulah peringkat kemuncak segala inzal bagi isteri kerana pada ketika itulah dia menerima pancutan mani yang kuat serta panas sambil menyedutnya dengan otot-otot farajnya. Fahamilah betul-betul konsep ini agar anda dapat mencapai kebahagiaan hasil praktik ilmu ini.