Panji Teruna

* petikan dari buku Permata Yang Hilang

Terdapat berbagai amalan bagi menjaga kesihatan tenaga batin yang elok diamalkan oleh lelaki terutamanya yang mahu berumahtangga. Antara amalannya dirangkumkan di bawah ini dan dinamakan Panji Teruna. Bagi lelaki yang normal ada dua masalah yang mungkin terjadi apabila jimak iaitu:

1. Zakar tidak cukup ketegangannya akibat tidak menjaga makan, tidak berpantang dan tidak melakukan enaman. Zakar yang lembik mungkin tidak dapat menusuk ke faraj, tidak mampu untuk memuaskan isteri dan mungkin akan memancutkan mani sebelum tiba masanya.

2. Pancutan mani sebelum masanya. Gejala terjadi dari rasa sensitif yang melebihi normal pada saraf-saraf kelamin atau nafsu jimak yang tinggi dan tidak mampu mengawalnya. Rasa ngilu yang berlebihan itu terjadi apabila lelaki banyak makan makanan sejuk. Nafsu jimak yang tinggi terjadi bila terlalu banyak makan makanan yang panas.

Cara paling baik untuk mengatasi dua ekstrem ini ialah dengan latihan fizikal dan jika di Barat menerusi konsultasi psikologi. Ini bermakna, lelaki teruna bukanlah semestinya tahan dalam jimak malah kemungkinan berlakunya pancutan mani sebelum masa adalah lebih besar. Ini mungkin timbul dari dua faktor penting bagi teruna iaitu rasa ghairah yang tinggi yang sukar dikawal kerana ‘barang yang haram menjadi halal’ dan juga kerana kurang pengahuuan yang mengakibatkan sukar bagi menyesuaikan tempo jimak, rangsangan jimak, posisi jimak, masa jimak serta kawalan psikologi untuk mendatangkan hasil yang dihajatkan. Gejala zakar lembik mungkin terjadi pada semua peringkat umur. Ia paling mudah terjadi di kalangan lelaki yang suka memakan makanan sejuk dan berat badan melebihi normal. Bagi lelaki lain ia mungkin bersebab dari kurang senaman dan cara tidur malam yang tidak betul. Kes yang lebih gawat dari itu ialah tulang belakang yang terhentak atau saraf tunjang yang tersekat, menyebabkan saraf penegangan zakar tidak berfungsi penuh.
Aspek-aspek psikologikal sebagai ubat tidak dibincangkan secara amat terperinci di Timur, tidak seperti di Barat. Kaedah rawatan di Timur lebih banyak menekankan aspek fizikal. Aspek psikologi banyak bincangkan di Barat mungkin kerana di sana ramai manusia mengalami tekanan jiwa kehidupan metropolitan dan rasa arah atau benci atau cemburu kepada pasangan kerap berlaku kerana gejala kebebasan seks. Di Timur ada masa dahulu, perkara ini jarang berlaku. Namun satu perkara perlu diingat iaitu ‘percaya bahawa anda boleh menjayakannya maka anda boleh melakukannya dengan izin Allah’. Keyakinan dapat mengubati kelemahan yang ada. Disamping usaha-usaha fizikal yang dicatatkan maka paling baik agar berdoa kepada Allah agar dikurniakan kekuatan dan ketahanan.