Rahsia-Rahsia Istimta’

* petikan dari buku Permata Yang Hilang - mukasurat 140

Istimta’ sebelum jimak adalah ibarat melakukan regangan (warm-up) sebelum melakukan senaman tenaga batin. Ia mudah untuk dilupakan tapi sebenarnya ia penting untuk memperolehi kesan yang hebat. Cuma bezanya, Istimta’ adalah jauh lebih menyeronokkan berbanding regangan. Menurut sebuah kitab jimak lama tulisan Jawi diterbitkan sekitar 7 dekad silam berjudul Syurga Beristeri. ‘Jika isteri sendiri, tentu suami tidak akan belayar sampai terburuburu, sebab masih banyak pekerjaan yang mesti disiapkan. Pekerjaan itu ialah pujuk-cumbu yang akhir dinamakan Istimta’ yang maknanya bersenang-senangan sebelum dukhul’ – Kitab Syurga Beristeri.

Sebuah Istimta’ yang bagus adalah satu cara bagi suami dan isteri bersatu hati sebelum bersatu tubuh. Selain itu ia juga adalah cara mengimbangi tenaga batin yang mengalir pada kedua pihak iaitu dengan cara menjerang air’ atau mencepatkan sedikit proses untuk isteri inzal dan melambatkan sedikit proses suami inzal. iharapkan semoga dengan Istimta’ aliran tenaga batin ini akan bertemu di tengah-tengah, seiring dan seirama.

Bukan manusia saja yang melakukan Istimta’ sebelum jimak. Kebanyakan haiwan akan menggigit, mencakar, menyondol, membau, menunggang, mengencing atau melakukan sentuhan mesra bersama pasangan mereka. Ada haiwan yang melakukannya selama beberapa minit, ada yang berjam-jam dan ada pula berhari-hari sebelum melakukan senggama. Pasangan suami isteri akan dapat menjayakan jimak dengan lebih baik dan memuaskan jika mereka melakukan Istimta’ dengan perlahan-lahan dan lembut, dan sesungguhnya masa yang dikhaskan untuk berasmara, menyentuh, membelai dan mengucup adalah amat berbaloi.




‘Untuk melakukan Istimta’ itu perlulah ketabahan hati yang sempurna dari kedua belah pihak. Ingat bahawa persetubuhan itu ialah satu hal yang akan menentukan sihat atau tidaknya, selamat atau celakanya dan kekal atau tidaknya perkahwinan antara suami isteri’– Kitab Syurga Beristeri.

MENGAPA ISTIMTA’ PENTING
Cumbu rayu sebelum jimak adalah amat penting kerana wanita perlukan masa yang lebih panjang untuk mencapai inzal. Itulah rahsianya. Menurut ilmu jimak kuno, sifat syahwat wanita adalah seperti air sejuk yang perlu dijerang untuk hangat dan mengambil masa untuk mendidih, dan setelah Sesungguhnya persetubuhan itu sebagai nikmat suatu perbuatan pujuk cumbu dan memadu kasih. Oleh kerana persetubuhan itu jatuh tingkatan yang kedua maka pujuk rayu, curahan hati, memupuk asmara dan menggiur itulah letaknya pada babak yang pertama.