Anatomi Zakar


Apakah itu Zakar ?

Zakar adalah anggota syahwat lelaki untuk membuang air kecil dan untuk persetubuhan/hubungan seks (mengeluarkan air mani), yang terletak di bahagian bawah perut di antara kedua-dua pelikat kaki serta di dasar tulang pelvik.

Apakah bahagian-bahagian yang ada pada zakar (penis) seorang lelaki? Bagaimana zakar anda membesar, meransang dan apakah fungsi di setiap zakar lelaki atau suami.

Pada sebatang zakar lelaki ada beberapa struktur kuasa yang memberi rangsangan apabila disentuh dan ianya juga akan memberikan keseronokan dan kenikmatan yang dapat dirasai oleh wanita. Antara bahagian yang terdapat di zakar lelaki ialah buah zakar, batang zakar, takuk zakar, kepala zakar, biji zakar, lubang zakar, gigi zakar, ekor pari dan urethra (saluran kencing).

Jika anda beranggapan bahawa zakar hanyalah sebatang daging yang berotot dan berkulit yang berisi darah ketika anda sedang tegang, maka pendapat tersebut adalah besar atau setidaknya pernyataan tersebut merupakan satu pandangan yang terlalu sederhana untuk mendefinisikan erti zakar, sedangkan mekanisme dari tegang itu amat kompleks dan menarik. Mari kita lihat dahulu struktur yang membangun zakar tersebut.

Anatomi Zakar atau Penis

Di dalam zakar terdapat tiga struktur ereksi; ketika zakar dalam keadaan lembik maka zakar akan menyerupai seperti satu sponge yang berbentuk silinder – kecuali jika dalam keadaan normal akan menjadi membesar bila darah mengalir. Salah satu silinder terletak pada pangkal zakar mengelilingi uretra iaitu silinder yang bernama corpus spongiosum. Dua silinder yang terletak di sisi bahagian sebelah atas zakar; setiap silinder ini bernama corpus cavernosum.

Corpora cavernosa (himpunan dari corpus cavernosum) berperanan dalam membentuk kekerasan zakar ketika tegang, sementara itu corpus spongiosum membuatnya lebih lembut, hal ini dapat anda buktikan sendiri. Salah satu dari dua arteri utama zakar terdapat di sepanjang pertengahan setiap corpus cavernosum di mana darah mengalir dari zakar menuju jantung melalui urat darah-urat darah halus yang terletak di bawah kulit. Kelenjar Cowper menyimpan cairan pelumas ejakulasi yang biasa disebut dengan “pre-cum”. Bahagian batang dari zakar yang tertanam jauh di dalam tubuh, menyebabkan mengapa batang zakar tidak bonyok (lembik) seperti buah zakar. Di sekeliling batang zakar terdapat jaringan penyambung dan seluruh batang zakar di lindungi oleh lapisan kulit yang tipis.

Organ tersebut terdiri dari :

Dua ruangan atau bahagian yang berbentuk silinder disebut corpora cavernosa , Bahagian ini adalah sepanjang penis terdiri dari anyaman pembuluh darah dan banyak terdapat jaringan-jaringannya. Uretra, iaitu saluran yang mengalirkan air kencing (urin) dan sperma, yang merintang di bahagian bawah di antara kedua corpora cavernosa. Bahagian yang berperanan dalam ereksi (ketegangan) iaitu, corpora cavernosa, dua pembuluh darah arteri dan beberapa pembuluh darah vena dan serabut saraf. Glans Penis atau Kepala penis, berada di hujung penis, bagi yang belum di sunat atau di sirkumsisi, bahagian ini tertutup oleh kulit atau frenulum. Meatus, saluran keluar di hujung penis yang mengalirkan urin dan sperma.

Ketika lelaki mendapat rangsangan seksual (baik secara fizikal ataupun mental), urat saraf dihantar ke suatu tempat yang terletak pada pangkal urat saraf tulang belakang yang disebut pusat tegang. Saraf tersebut terbentang melalui pusat tegang sampai ke zakar dan memberikan mesej yang mengakibatkan berlaku suatu substansi, iaitu asetilkholin, yang menyebabkan arterioles (arteri-arteri kecil) didalam batang zakar membesar atau melebar. Pada saat yang sama, otot-otot di sekeliling urat pada pangkal zakar mengecut, mengahalang aliran darah keluar dari zakar. Akhirnya, batang zakar mula penuh dengan darah dan memanjang. Ketika memanjang, zakar secara keseluruhan mula membesar dan mengeras Meskipun pusat tegang yang berada pada saraf tulang belakang berperanan dalam memberi ketegangan, tetapi otak juga memainkan peranan yang penting. Otak terlibat secara langsung mengirim mesej ke pusat tegang dan menyebabkannya melakukan aksi, hal ini dapat menjelaskan mengapa gambar-gambar yang merangsang ketika dilihat dapat menimbulkan tegang. Otak selain menyebabkan tegang, ia juga dapat menghalang dari terjadinya tegang. Sistem saraf terdiri dari dua subsistem – sistem saraf simpatik dan sistem saraf parasimpatik. Sistem saraf simpatik berfungsi untuk hal-hal yang berkaitan dengan rasa takut, reaksi balasan, dan ejakulasi. Sementara itu saraf parasimpatik berfungsi dalam hal-hal yang berkaitan dengan ketenangan, menggerakkan otot organ-organ yang berhubungan dengan pencernaan, dan sebagainya. Sistem saraf parasimpatik juga berfungsi dalam mengakibatkan terjadinya tegang.

Jika kedua sistem ini bekerja saling berlawanan, rasa takut – atau orgasme – ia boleh menghalang terjadinya ketegangan. Itulah sebabnya mengapa anda cenderung kehilangan tegang setelah ejakulasi, sedangkan orgasme merupakan suatu peristiwa besar bagi sistem saraf simpatik, maka pada saat orgasme muncul, hal ini pada dasarnya melemahkan sistem saraf parasimpatik untuk sesaat dan menyebabkan tegang menghilang. Dalam konteks ini, jelaslah mengapa impotensi (ketidakmampuan untuk melakukan tegang sesuai dengan tuntutan yang diinginkan) merupakan masalah bagi sejumlah lelaki – jika mereka merasa resah bahwa mereka tidak akan mampu melakukan hubungan seksual maka sistem saraf simpatik mereka yang mendominasi. Sebenarnya hal ini membuat mereka lebih sulit lagi untuk mencapai tahap ketegangan yang optimum.

Maka kunci untuk menegang adalah merasa rileks. Ketegangan zakar tidak semestinya berhubungkait dengan hubungan aktiviti seksual, terutama pada lelaki yang masih berusia muda. Tegang yang bersifat spontan merupakan hal yang umum dialami oleh para remaja lelaki, tetapi tidak ada yang dapat mereka lakukan untuk mengatasi hal ini. Tegang juga seringkali muncul pada saat tidur dan menyebabkan anda bangun dalam keadaan zakar yang tegang.

Fakta mengenai anatomi zakar.

Zakar terdiri dari tiga rongga utama, dua rongga atas adalah rongga menyokong ketegangan yang dinamakan Corpora Cavernosa (Corpus Cavemosum) dan satu rongga di bawahnya adalah saluran kencing dan sperma, namanya Corpus Spongiosum. Pada saat tegang, darah akan mengalir ke semua rongga tersebut terutama pada Corpora Cavernosa. Oleh itu seberapa besar zakar anda ditentukan oleh besarnya dua rongga ini untuk menampung darah ketika tegang atau ereksi. Jadi kalau dua rongga ini besar maka secara automatik zakar anda akan besar juga. Dengan itu, bagaimana caranya supaya menjadi besar? Anda boleh membesarkan dua rongga tersebut dengan amalan urutan.

Apabila zakar anda menegang, otak anda akan menghantar hormon di mana ianya akan mengarahkan pengepaman darah untuk mengisi tisu-tisu penegang. Bilamana semua ruang di dalam tisu penegang berisi dengan darah sepenuhnya, zakar anda akan menegang sepenuhnya. Itulah saiz zakar anda. Cuba bayangkan jika anda mempunyai saiz tisu penegang yang besar? Sudah tentu zakar yang menegang itu akan menjadi lebih besar dan panjang !!!

Tisu penegang (Corpora Cavernosa) boleh diperbesarkan dengan menjalankan latihan pengurutan zakar, latihan tuam panas dan pemberat. Segala-galanya bergantung kepada latihan. Tahukah anda bagaimana pembina badan menjadikan badan mereka tegap dan sasa? Latihan yang betul. Oleh itu latihan amat penting .

Apa itu testis zakar?

Testis zakar adalah organ reproduktif lelaki yang mengeluarkan hormon testosteron yang memberikan seorang lelaki ciri-ciri kelelakian. Testis zakar terletak di dalam kerandut yang dipanggil skrotum yang berada di bawah zakar. Bentuk testis adalah bujur dan rasa licin dan kenyal apabila disentuh dengan tangan.

Testis atau Buah zakar berfungsi sebagai tempat menyimpan air mani dan ia amat sensitif apabila disentuh dengan benda keras dan kasar.

Bagaimana Ereksi Boleh Terjadi ?

Ereksi adalah suatu keadaan di mana penis atau zakar itu menjadi mengeras, menegang dan bertambah ukurannya samada panjang atau diameternya (besar). Ereksi di mulai di otak anda. Stimulasi fizikal atau rangsangan secara mental dapat menyebabkan serabut saraf di otak mengirimkan isyarat kimiawi ke serabut saraf yang berada di penis, kemudian memerintahkan pembuluh darah di penis menjadi rileks sehingga darah dapat mengalir bebas ke penis mengisi corpora cavernosa. Ketika darah berada di penis, darah akan terperangkap di corpora cavernosa dengan tekanan yang tinggi sehingga penis boleh “berdiri” atau ereksi. Rangsangan kimiawi dari otak ini berjalan terus menerus sehingga penis boleh ereksi berlanjutan. Ereksi menurun atau penis kembali mengecil jika darah yang terperangkap di penis tersebut di lepaskan kembali, sehingga tekanan di penis menurun dan penis akhirnya menjadi kendur (normal) kembali.

Apa itu Ejakulasi ? 

Ejakulasi, pelepasan cairan semen (air mani) pada saat klimaks, ini terjadi atau dicetuskan ketika seorang lelaki mencapai puncak kenikmatan syahwatnya. Stimulasi seksual menyebabkan serabut saraf yang berada di penis mengirimkan isyarat kimiawi ke spinal cord (saraf tulang belakang) lalu ke otak, kemudian otak mengirim balik isyarat kimiawi tersebut untuk menciptakan ejakulasi. Ejakulasi terdiri dari dua fasa.

Fasa pertama : vas deferens merupakan suatu saluran yang menyimpan dan mengalirkan sperma dari testis, berkontraksi sehingga mendorong sperma menuju ke kelenjar prostat dan uretra, sperma bercampur dengan cairan prostat menjadi cairan yang di sebut semen atau ejakulat, ini lah yang keluar dari penis saat ejakulasi.

Fasa kedua: otot pada bahagian dasar penis berkontraksi setiap 0.8 saat dan mendorong atau memancutkan cairan semen keluar boleh sehingga lima pancutan.